Friday, August 7, 2009

Buat Duit sebagai pelajar

Panduan Kerjaya Untuk Pelajar Bakal Usahawan



Salam Hormat Pembaca Budiman,

Hari ini saya akan menulis sedikit panduan buat pelajar-pelajar (atau bekas pelajar) baik pelajar sekolah mahupun mahasiswa yang berminat untuk menjadi usahawan. Jika anda yang membaca termasuk di dalam golongan ini, teruskan membaca kerana saya akan mengupas mengenai apa sebenarnya usahawan, prospek dan potensi kerjaya ini. Dan yang lebih penting apa yang anda perlu dan boleh lakukan SEKARANG.

Sebelum itu kepada pembaca tetap SaifulSham (saya tahu kebanyakan dari pembaca SaifulSham adalah golongan dewasa, eksekutif muda 29-40+), maaf kerana mungkin artikel ini tidak menarik minat anda. Namun, jika anda ada anak, anak saudara yang anda rasa perlu membaca artikel ini, copy & paste dan send kepada mereka. Atau hantarkan link untuk artikel ini kepada mereka.

Saya menulis artikel ini kerana saya rasakan perlu, sebab berbeza dengan kerjaya yang lebih glamour di mata ibu bapa dan guru seperti doktor, jurutera dll. Dan maafkan saya kerana tajuk artikel hari ini tidak “seksi”. Saya menggunakan ayat yang digunakan oleh pelajar yang mencari menggunakan enjin carian.

Ya adik-adik (ehem, abang terasa tua pula) sekarang mari kita berbicara mengenai kerjaya adik-adik. Masa depan adik-adik :p

Apa Yang Perlu Dilakukan SEKARANG Jika Anda Mahu Menjadi Usahawan?

trump

Pertama, jangan buang masa, terus pergi berjumpa guru kaunseling sekolah/kampus anda. Eh, jangan berhenti! Ini bukan satu lagi panduan kerjaya skema. Teruskan membaca, saya akan memberi tips yang guru atau ibu bapa anda TIDAK akan beri!

Saya faham perasaan anda, saya tidak akan minta anda dengar mereka membebel. :)

Ketika anda berjumpa dengan kaunselor, beritahu mereka bahawa anda sedang menimbangkan peluang kerjaya anda berdasarkan minat dan kecenderungan anda. (TETAPI, jangan beritahu beliau anda mahu jadi usahawan lagi!) Selalunya, kaunselor anda akan mengeluarkan satu borang soal selidik (questionnaire) untuk anda jawab. Jika anda lihat kaunselor anda seolah-olah mahu bercakap lama, beri beliau hint, yang anda mahu mengisi questionnaire.

Semua kaunselor yang saya kenal mempunyai satu fail tebal yang penuh dengan questionnaire menarik, Questionnaire ini adalah dalam satu set yang seragam dan ada di hampir semua sekolah, tetapi hanya yang membosankan sahaja diberikan kepada pelajar. Tips: Assesment Gaya Bercinta pun ada! :)

Selalunya, anda akan mengisi questionnaire tersebut di situ dan kaunselor kemudiannya akan bersama-sama anda go through jawapan anda dan memberi kaunseling berdasarkan jawapan anda. Saya tidak pasti mengenai kaunselor anda, tetapi seumur hidup saya, saya tidak pernah berjumpa guru kaunseling yang tidak baik. Semua guru kaunseling di semua sekolah yang saya hadiri boleh dikatakan amat bertanggungjawab dan mereka akan meluangkan masa untuk sesi anda.

Setelah mengisi questionnaire tersebut, anda lihat kecenderungan anda.

Baiklah, sekarang kita mungkin mengisi questionnaire yang berbeza, tetapi ia akan memberi petunjuk yang sama.

Kaunselor anda akan menceritakan mengenai maksud setiap indikator dan markah anda. Analitikal, Saintifik, Investigatif etc… Ada juga indikator yang menunjukkan kecenderungan “business” dalam diri anda. (entreprising, business acumen, dan yang sewaktu dengannya. Saya tidak berapa ingat kerana ia 5-6 tahun yang lepas)

Ingat di sini, tidak semestinya paling tinggi. Jika anda mendapat 17/20 untuk indikator tersebut, ia boleh dianggap tinggi. Dan anda boleh mempunyai banyak kecenderungan pada masa yang sama (contohnya kecenderungan business dan saintifik) .

Sekarang lihat, adakah kecenderungan business anda tinggi? Jika tinggi, tahniah. Anda memang berjiwa usahawan.

Jika kecenderungan bisnes anda rendah, jangan gusar. Minta pendapat kaunselor anda untuk menerangkan mengenai cabang kerjaya yang sesuai dengan kecenderungan anda. Anda juga boleh meminta pandangannya jika anda mahu menyertai bidang keusahawanan.

Trump_Kiyosaki cover

Kaunselor selalunya tidak akan memberi jawapan peribadi. Mereka akan menjawab berdasarkan kepada modul yang disediakan.

Itu, jika kecenderungan bisnes anda rendah. Tetapi, jika kecenderungan bisnes anda tinggi (saya yakin ya, kerana jika tidak anda tidak akan membaca artikel ini), cukup! Anda sudah tahu anda mempunyai kecenderungan bisnes. Anda sudah tahu, inilah yang anda mahu lakukan. :)

(anda masih perlu mendengar kaunselor anda menerangkan peluang-peluang kerjaya yang ada untuk menjaga hati mereka, usulkan kepada mereka anda mahu menjadi usahawan kerana kecenderungan bisnes anda tinggi, dengar kata-kata mereka tetapi jangan jadikan ia sebagai penghalang jika mereka tidak bersetuju~dalam hal ini mereka memberi pendapat peribadi.)

Cerita Saya Setelah Saya Mengisi Questionnaire Kerjaya Tersebut

Background: Bukan saya yang menyerah diri berjumpa dengan kaunselor semata-mata untuk melihat prospek kerjaya saya ya. Saya tidak seskema itu :) Semua pelajar Tingkatan 5 pada ketika itu digalakkan berjumpa kaunselor DAN saya memang dalam dilema untuk memilih jurusan untuk diambil selepas sekolah.

Selepas saya mengisi questionnaire tersebut, kaunselor saya melihat saya seolah-olah saya telah gagal SPM. (disbelief look orang putih kata). Saya masih ingat detik tersebut, terngaga mulut beliau. Saya pula hanya tersenyum simpul sebab keputusan penilaian tersebut mengesahkan kecenderungan saya dalam bisnes.

Itu tidak mengapa, yang membuatkan kaunselor saya fikir saya mahu menunjuk perasaan (beliau tahu saya memang tidak minat sangat subjek sains), markah kecenderungan sains saya rendah.

Apabila saya memberitahu beliau saya ingin membuka bisnes, dengan nada concern beliau bertanya, “bisnes apa?”.

Saya menjawab, “Bisnes apa-apa sahaja. Tapi saya akan kerja dulu untuk cari pengalaman, bila dah tua baru saya akan buka bisnes”

(Dahulu saya memang tahu saya ingin bergiat dalam bisnes, tetapi saya tidak tahu ia secepat sekarang. A good thing pada pendapat saya)

Kemudian beliau pun cuba mengalih perhatian saya dengan memberitahu contoh-contoh kerjaya yang boleh saya pilih (kesemuanya saya tidak pernah dengar dan tidak tertarik)

Kemudian beliau sempat menyelitkan, “Kalau Sabri ambil Bisnes, Sabri dah rugi 2 tahun. Jadi alang-alang Sabri dah dalam Science Stream ni (di sekolah Sains pula tu), better cikgu rasa teruskan.”

Dipendekkan cerita, saya juga dipengaruhi oleh persekitan, rakan-rakan, keluarga dan segala-galanya, saya mengikut kemahuan mereka.

Dan saya kerugian lebih dari dua tahun dan mujur personaliti saya ini Type A. Saya berdepan banyak kesukaran akibat terlalu memikirkan pendapat orang dan masyarakat (itu cerita di lain masa). Saya tidak mahu anda mengulangi kesilapan yang saya lakukan.

Saya seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi PETRONAS, di bawah tajaan PETRONAS.

Cukup, tujuan kita berjumpa kaunselor tadi adalah untuk mengesahkan bahawa anda memang berminat untuk bisnes. Keputusan yang anda ambil seterusnya adalah tanggungjawab anda kerana ia adalah hidup anda. Jangan biarkan orang-orang yang anda sayangi mempengaruhi anda. Anda dengar pendapat mereka, tetapi anda buat keputusan sendiri. (ini bukan cakap kosong, ini cakap saya setelah 6 tahun lepas berada di tempat yang sama seperti anda)

Pilihan Kursus Untuk Di Ambil Di Universiti

Baiklah, saya tahu, saya tahu. Ada beberapa kriteria kursus yang menyebabkan pelajar pilih sesuatu kursus (supaya rahsia remaja kita kekal rahsia~ramai ibu bapa banyak blog ini, nanti mereka complaint~ saya tidak akan mendedahkannya di sini). Cuma ketahuilah bahawa kriteria yang anda mahu ambil kira telah saya ambil kira. ;)

Anda mungkin mempertimbangkan untuk mengambil Pengurusan Perniagaan, tetapi saya cadangkan anda mengambil Finance (Kewangan) atau yang seantero dengannya.

Jika anda mahu lebih thrill dan anda suka matematik, anda boleh ambil Accounting.

Dulu saya pun pernah bercadang mahu ambil Business (Syazwan pun), pada saya Finance ketika itu bunyi terlampau canggih, kompleks dan susah. Sebenarnya tidak susah mana sangat. Jika anda memang minat bisnes, anda pasti boleh buat (saya minor dalam Finance sekarang).

Tambahan pula dengan kemahiran Finance, secara tidak langsung anda faham aspek Personal Finance untuk keperluan kewangan anda sediri. Di samping itu sebenarnya, anda tetap akan kena ambil beberapa subjek pengurusan sepanjang pengajian anda, jadi secara tidak langsung anda akan tetap belajar beberapa perkara mengenai pengurusan.

001_58

Oh ya, pada pendapat saya Finance lagi menarik dari Accounting. (Pendapat saya sahajalah) Satu lagi, dengan ijazah dalam Finance anda ada peluang yang cerah untuk bekerja dalam industri perbankan dan kewangan jika anda bercadang untuk menimba pengalaman dahulu sebelum memulakan bisnes sendiri.

Kerjaya dalam bidang perbankan dan kewangan ini memberi peluang networking kepada anda, terutamanya nanti apabila anda memulakan perniagaan di kala usia sudah lanjut. Lebih mudah untuk anda membuat pinjaman bank. :p

Jadi jangan takut dan jangan hadkan pilihan anda kepada Pengurusan Perniagaan sahaja ya. :)

Anda juga perlu tahu, bahawa tidak semestinya untuk menjadi usahawan anda kena ada ijazah dalam bidang berkaitan duit, duit dan bisnes ini. Anda masih boleh mengambil jurusan perubatan, kejuruteraan, dan segala macam jurusan lagi dan seterusnya membuka firma anda sendiri dalam bidang tersebut.

Cuma jangan hilangkan kecenderungan bisnes tersebut. Dan jangan lupa ambil subjek berkaitan Finance, Accounting dan Communication Skill. Kemahiran berkomunikasi adalah aset utama seorang usahawan. Jika anda takut untuk berkomunikasi anda perlu hilangkan kemaluan tersebut. :p

Universiti Pilihan Bakal Usahawan

Suka saya untuk mencadangkan Alma-Mater saya sendiri, tetapi saya perlu praktikal dan tidak menyembunyikan dalam hal ini. Selepas SPM, anda perlu tahu anda berada di aliran mana. Aliran Sains atau Kemanusiaan (saya assume anda mengambil Matematik Tambahan).

Jika anda berada di aliran Kemanusiaan, peluang anda terbuka luas untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan. Saya tidak perlu membantu anda lagi.

Sebaliknya, jika anda berada dalam bidang Sains, pilihan anda tipis. Sebenarnya, berbeza dengan pendapat ibu bapa atau guru yang mengatakan jika anda pandai dan skor SPM, anda boleh ambil apa sahaja yan anda mahu, sebenarnya tidak begitu. Itu tipu. Saya telah melaluinya dan saya pernah diberitahu pegawai JPA melalui telefon:

“Kalau kamu nak ambil kursus Art (Perniagaan termasuk dalam Art), budak Art nak ambil apa?”

Jika anda berada dalam aliran Sains, anda hanya ada 3 pilihan selepas SPM:

1) Matrikulasi UIA (ambil Sains dulu, tukar di sana)
2) Program UiTM (pilih program berdasarkan keputusan SPM anda, jika anda pelajar cemerlang ambil program untuk pelajar cemerlang. Mereka lebih lenient dalam menilai bakat)
3) Go with the flow. Dapatkan ijazah dalam bidang teknikal dahulu kemudian jadilah usahawan (macam saya sekarang).

Jika anda sedar, saya tidak menyenaraikan menyambung pelajaran ke luar negara dengan biasiswa. Ini adalah kerana peluangnya amat rendah kerana bidang perniagaan tidak dianggap bidang kritikal.

Saya telah pun mahu mencubanya dahulu dan dialog pegawai JPA tersebut adalah jawapan yang saya terima. Jangan pun hendak dipertimbangkan, pelajar bidang Sains tak boleh memohon pun.

Untuk pelajar sekolah, saya telah berkongsi apa yang saya tahu. Untuk mahasiswa universiti yang ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan, nampaknya saya sudah menulis terlalu panjang di sini. Apa kata berikan saya masa untuk menulis untuk anda pula.

sumber dari :http://www.saifulsham.com/index.php/archives/2007/12/26/panduan-kerjaya-untuk-pelajar-bakal-usahawan/

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
http://www.mybloglog.com/buzz/join_comm.php?ref_id=2009091401200406