Sunday, September 27, 2009

Pelajar Buat Duit Sebagai wakil Takaful

Pelajar Buat Duit Sebagai wakil Takaful

pelbagai medium yang boleh pelajar buat duit, saya pernah terjumpa pelajar mendapat income rm5k sebagai wakil takaful. pelajar juga boleh cari duit melalui wakil takaful asalkan tidak menggangu pelajaran di universiti. sekarang ini banyak syarikat-syarikat takaful. pelajar boleh jadi wakil takaful kepada etiqa takaful atau pelajar jadi wakil takaful ikhlas ataupun takaful malaysia.

pelbagai teknik yang boleh pelajar buat duit sebagai wakil takaful antaranya:

1. telephone call. kaedah ini memerlukan pelajar telefon dan close melalui panggilan telefon. senarai prospek boleh didapati melalui buku telephone, surat khabar, direktori syarikat atau jabatan kerajaan.

2. kaji selidik ketika hujung minggu atau hari tiada kelas.

3. atau pun buka kaunter( kaedah perlu dibuat jauh dari tempat belajar supaya tak terjumpa dengan lecturer.

ini hanyalah alternatif bagaimana pelajar boleh buat duit sebagai wakil takaful. pada hakikat ada pelajar yang telah berjaya mendapat income yang lumayan.

Thursday, September 3, 2009

Buat Duit Online Dengan Ebay

Buat Duit Online Dengan Ebay. Kali ni aku nak bercerita secara ringkas mengenai program Buat Duit Online dengan Ebay. Mungkin ramai yang pernah mendengar ebay. Sebuah laman penjualan barang secara bid @ lelong. Harga diletak pada tahap murah dan pembeli akan membida hingga ketahap mereka mampu bayar untuk sesuatu produk yang mahu dimiliki.

Ebay ni macam sebuah kedai maya yang dibuka untuk menjual barang2 dan berjuta2 pengunjung siap sedia untuk membeli setiap hari. Jadi pasaran sebegitu luas itu dilihat sebagai peluang kepada penjual barang-barang untuk memasarkan produk di Ebay.

buat duit dengan ebay

Sekiranya anda mempunyai barang yang unik, jarang dijumpai atau antik. Kebarangkalian barang tersebut dapat dijual dengan harga yang berlipat kali ganda di Ebay. Tu pun tengok juga, samada barang tersebut banyak dicari orang ataupun tidak. Ini adalah asas mana-mana bisnes, tak kira bisnes online ke offline ke.. Kita perlu jual barang atau perkhidmatan yang orang cari.. bukan jual barang yang kita suka, dan ditambah pula dengan saingan yang rendah.. dalam istilah yang canggih ialah niche.

Berbalik kepada buat duit online dengan Ebay nih plak. Macamana caranya... Secara mudah gambarannya macam ni.. register akaun Ebay, kita amek gambar barang, letak kat ebay... ada orang beli.. kita bungkus, pos kat diorang.. memang banyak kerja sikit.. tapi kalau kena caranya boleh tahan lumayan hasilnya.

Kita lihat beberapa kejayaan penjual-penjual Ebay nih.. mana tau kita dapat ikut jejak langkah diorang.. sementara menaikkan semangat kita dalam bisnes online nih..

Antara pengusaha Ebay yang berjaya ialah David Wirtenberg, 28 tahun, seorang powerseller Ebay, menjana pendapatan 10 juta USD dollar setahun dengan Ebay nih, lebih kurang 36 juta hengget setahun. Dia menjual cincin tunang, barang-barang pengantin di ebay ni. Kebanyakan barangnya dijual bermula dengan harga USD 0.99 bagi menggalakkan orang membida barang dia tu.. Kerap juga dia mengalami kerugian kerana harga akhir bidaan lebih rendah daripada harga kos sebenar yang dikeluarkannya. Dan lagi hebatnya mamat nih.. dia menjual barang-barang tersebut tanpa sebarang kepakaran dalam barang-barang tu.

Buat duit dengan emas

Buat duit dengan emas kali ni tajuk lari sket dari buat duit online tapi tetap cara buat duit yang best. Yang penting kita cari duit, tak kira la online ke offline.

Macamana nak buat duit dengan emas? Klau korang perasan, harga emas susah nak jatuh, menaik sajer.. Oit.. sebelum tu.. ni bukan emas yang pompuan selalu pakai tu.. Yang buat perhiasan tu kandungan emas dia 91.6%, sebab tu dipanggil emas 916. Emas yang nak jadi cerita ni lebih kepada emas pelaburan, emas jongkong, syiling emas, 99.9% kandungan emas dia atau emas 999. Tengok graph harga emas 10 tahun kat bawah ni..

buat duit dengan emas

Satu ounce lebih kurang 28.35 gram.. Sekarang ni klau dikira2 1 gram lebih kurang RM110. Klau 28.35 gram tu lebih kurang RM3118.50. Kita tengok graph tu.. 10 tahun lepas harga 1 ounce baru 300 usd, lebih kurang seribu ringgit.. kenaikan 300%.. Nak kira lagi.. kalau kita beli 1 kilo emas pada tahun 1999 dengan harga 1 gram masa tu baru.. RM35.. 1 kilo bersamaan RM35,000.. kita simpan selama 10 tahun.. cuba kira sekarang tahun 2009 berapa nilai emas kita? RM110,000..

Cuba kira ni plak... Klau 10 tahun lalu korang beli sebuah kancil 850cc berharga RM35,000, berapa agaknya nilai sekarang nih... RM5000, RM8000? Boleh rujuk ke kedai kereta berhampiran... kereta ada susut nilai, tapi emas ni makin naik...



Kat mana nak beli emas ni? Yang aku tahu, bank yang ada jual emas setakat ni Maybank dan UOB.. Bole la jengok website dorg.. kat kedai2 emas pun ada jual, tapi mahal la skit..

Selain dari beli emas ketul2 ni, korang juga bole bukak akaun pelaburan emas, setakat ni yang ada buat benda ni Public Bank dan Maybank.. boleh la rujuk sana...

Lagi satu yang best emas ni, korang boleh pajakkan... yang paling sesuai di Bank Rakyat, Al Rahnu... Jika korang ada setengah kilo emas, harga sekarang lebih kurang 50 ribu, bila pajak, korang akan dapat cash lebih kurang 30 ribu.. adalah kena bayar upah dia masa nak tebus.. Duit tu korang boleh melabur kat mana2 lagi...
Related Posts with Thumbnails
 
http://www.mybloglog.com/buzz/join_comm.php?ref_id=2009091401200406