Friday, August 7, 2009

5 tahun sebagai pelajar U

5 tahun sebagai pelajar U



Seperti yang anda tahu, pada bulan 5 ini (2008), saya akan menamatkan pengajian dalam kejuruteraan mekanikal (majoring: petroleum) di UTP. Terlalu singkat masa berlalu.

Tetapi sepanjang tempoh 5 tahun ini, ada beberapa pencapaian bukan akademik yang menggembirakan saya. Malah saya bersyukur betapa saya mencapainya dalam masa tempoh saya bergelar pelajar! Dibawah saya senaraikan perkara yang menggembirakan saya.

1) Menulis sebuah buku bestseller.
2) Mempunyai syarikat sendiri, SaifulSham Consultants.
3) Speaker kepada seminar, workshop, talk perniagaan internet.
4) Menaja banyak perkara kepada universiti tercinta, UTP.
5) Mempunyai satu portfolio pelaburan hartanah.
6) Mempunyai 7 laman web perniagaan internet menjual produk dan servis.
7) Mempunyai pejabat sendiri di Puchong.
8) Mempunyai ramai rakan dan kenalan dari golongan usahawan ataupun bergelar jutawan.
9) Mempunyai pengetahuan dalam perniagaan, saham dan hartanah.
11) Hidup yang menggembirakan (ada wang dan boleh buat apa sahaja!)

Cukuplah tu, kalau hendak ditulis banyak lagi rasanya. Semua perkara diatas telah dicapai dalam tempoh 5 tahun pengajian. Jadi, tempoh itu sudah cukup untuk memberi isyarat kepada anda yang bercita-cita membina perniagaan, setidak-tidaknya berilah masa selama 5 tahun untuk melihat pencapaian perniagaan anda!

Biarpun begitu, saya masih menganggap saya tidak mencapai impian saya lagi (mempunyai sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia atau cawangan yang melimpah di luar negara).

Tetapi setidak-tidaknya, saya adalah lebih baik daripada 5 tahun lepas.

Untuk pos ini, saya membuat penguguman, bahawa saya dan Sabri sudahpun menyiapkan sebuah buku mengenai menjadi usahawan ketika belajar (banyak gambar kami selitkan sekali dalam buku tersebut) dan akan diterbitkan oleh PTS.

Tajuknya tidak akan diberitahu sehinggalah saya mendapat pengesahan daripada pihak PTS.

sila kunjungi laman web berikut www.saudagar.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
http://www.mybloglog.com/buzz/join_comm.php?ref_id=2009091401200406