Friday, August 7, 2009

Buat duit dengan tuisyen

Buat duit dengan tuisyen


Percaya atau tidak, mengajar tuisyen boleh menghasilkan pendapatan sebanyak RM1120 hingga RM2520 sebulan dengan hanya mengajar 2 jam sehari. Di dalam buku ini, saya ada terangkan dengan lebih lanjut bagaimana ia boleh berlaku.

Bayangkan, jika anda boleh mengajar tuisyen 2 jam sehari dan menjana RM2000 sebulan, bukankah ia seperti gaji seorang yang bekerja sepenuh masa dan mempunyai pengalaman kerja? Lebih menyeronokkan, ia cuma 2 jam sehari. Jadi anda ada banyak masa yang boleh digunakan untuk perkara-perkara lain.

Terdapat buku-buku yang membicarakan bagaimana buat duit dengan tuisyen .Anda boleh membuat carian dengan guna enjin carian diatas. Saya percaya ramai graduan , suri rumah ataupun pelajar u yang pernah bercita-cita hendak menceburi bidang tuisyen ini tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula. Melalui buku ini, anda akan pelajari apakah langkah demi langkah yang perlu diambil untuk anda mula menjana wang melalui tuisyen ini.

Di dalam buku ini, bagi saya, satu topik yang sangat penting yang telah saya bincangkan ialah bagaimana hendak mencari pelanggan dan bagaimana cara untuk membuat promosi. Ini adalah bahagian yang selalunya dibimbangkan oleh orang-orang yang mahu memulakan proses buat duit dengan tuisyen ini. Jadi anda tidak perlu risau, dapatkan buku ini dan pelajari beberapa teknik untuk memasarkan dan juga menghebahkan tentang khidmat tuisyen anda.

Di dalam buku ini juga saya ada ceritakan tentang etika dan prinsip untuk mengajar tuisyen. Jika etika dan prinsip-prinsip ini diamalkan, kita bukan sahaja boleh menjadi seorang guru tuisyen yang sangat berkesan, malah pendapatan kita juga akan meningkat berkali ganda akibat meningkatnya kadar bayaran sejam dan meningkatkan jumlah pelajar yang mahu menjadi pelajar kita.

Dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berdekatan terutamanya kedai-kedai buku Popular dan MPH.

Selamat buat duit dengan tuisyen!

1 comment:

Related Posts with Thumbnails
 
http://www.mybloglog.com/buzz/join_comm.php?ref_id=2009091401200406