Thursday, September 3, 2009

Buat duit dengan emas

Buat duit dengan emas kali ni tajuk lari sket dari buat duit online tapi tetap cara buat duit yang best. Yang penting kita cari duit, tak kira la online ke offline.

Macamana nak buat duit dengan emas? Klau korang perasan, harga emas susah nak jatuh, menaik sajer.. Oit.. sebelum tu.. ni bukan emas yang pompuan selalu pakai tu.. Yang buat perhiasan tu kandungan emas dia 91.6%, sebab tu dipanggil emas 916. Emas yang nak jadi cerita ni lebih kepada emas pelaburan, emas jongkong, syiling emas, 99.9% kandungan emas dia atau emas 999. Tengok graph harga emas 10 tahun kat bawah ni..

buat duit dengan emas

Satu ounce lebih kurang 28.35 gram.. Sekarang ni klau dikira2 1 gram lebih kurang RM110. Klau 28.35 gram tu lebih kurang RM3118.50. Kita tengok graph tu.. 10 tahun lepas harga 1 ounce baru 300 usd, lebih kurang seribu ringgit.. kenaikan 300%.. Nak kira lagi.. kalau kita beli 1 kilo emas pada tahun 1999 dengan harga 1 gram masa tu baru.. RM35.. 1 kilo bersamaan RM35,000.. kita simpan selama 10 tahun.. cuba kira sekarang tahun 2009 berapa nilai emas kita? RM110,000..

Cuba kira ni plak... Klau 10 tahun lalu korang beli sebuah kancil 850cc berharga RM35,000, berapa agaknya nilai sekarang nih... RM5000, RM8000? Boleh rujuk ke kedai kereta berhampiran... kereta ada susut nilai, tapi emas ni makin naik...



Kat mana nak beli emas ni? Yang aku tahu, bank yang ada jual emas setakat ni Maybank dan UOB.. Bole la jengok website dorg.. kat kedai2 emas pun ada jual, tapi mahal la skit..

Selain dari beli emas ketul2 ni, korang juga bole bukak akaun pelaburan emas, setakat ni yang ada buat benda ni Public Bank dan Maybank.. boleh la rujuk sana...

Lagi satu yang best emas ni, korang boleh pajakkan... yang paling sesuai di Bank Rakyat, Al Rahnu... Jika korang ada setengah kilo emas, harga sekarang lebih kurang 50 ribu, bila pajak, korang akan dapat cash lebih kurang 30 ribu.. adalah kena bayar upah dia masa nak tebus.. Duit tu korang boleh melabur kat mana2 lagi...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
http://www.mybloglog.com/buzz/join_comm.php?ref_id=2009091401200406